Hattan.

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini penyanyi, Datuk Hattan menerusi instagramnya menyuarakan teguran kepada selebriti dan instafamous yang menyalahgunakan kebenaran merentas negeri.

Menyedari akan ada yang terasa dengan teguran kerasnya, Hattan atau Mohd Shukri Shahabudin berkata, baginya ianya adalah untuk memberikan kesedaran.

“Saya banyak tegur berdasarkan fakta, bukan membabi buta… macam last week saya tegur kerana saya rasa benda itu membabitkan ramai pihak, saya tidak tujukan kepada mana-mana selebriti tetapi ramai pihak.

“Salah ke saya tegur? Kalau saya tak tegur siapa lagi nak tegur…Jadi bila kita tegur nampaklah keinsafan itu. Itu pendapat peribadi saya, kalau kau nak dengar, boleh dengar begitu juga sebaliknya” katanya dipetik Xtra sebagai berkata.

Malah, Hattan 57, akan terus bersuara lantang apabila membabitkan industri muzik tanah air.

Sebelum ini, tular satu notis yang telah ditampal di sebuah balai polis yang meminta mana-mana individu yang ingin membuat permohonan merentas negeri untuk mengemukakan alasan serta bukti kukuh susulan beberapa kes yang telah berlaku.

Susulan itu, Hattan berkata tindakan yang lebih ketat itu bukan kerana salah polis sebaliknya sikap selebriti atau artis yang menyalahgunakan permit yang diberikan lebih buruk memuatnaik di media sosial.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast