Nicky Gang Nicky Liow Soon Hee Op Pelican 3.0 Chief Police of Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay immediate termination
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay
JOHOR BAHRU – Polis Johor tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai  pegawai dan anggota polis yang bersekongkol dengan kumpulan jenayah terancang diketuai ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ia susulan soal siasat dan laporan forensik yang dilakukan oleh pihaknya.

“Insya Allah kita akan tangkap, bila sudah lengkap nanti kita akan tangkap. Saya akan mengambil tindakan di bawah jenayah terancang. Ini yang paling tegas.

“Kami tengah  kemaskini dan lengkapkan kertas siasatan. Saya kena pastikan semua kena cukup bukti dahulu, bagi kami masa,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Menurut Ayob, senarai anggota dan pegawai yang terlibat dalam kes berkenaan tidak akan didedahkan kepada umum.

“Saya tidak akan mendedahkan senarai tersebut, saya sudah tekankan bahawa yang 34 tersenarai itu yang diumumkan Ketua Polis Negara kita akan ambil tindakan di bawah Jenayah Terancang.

“Kita di Johor sudah  buktikan di mana kita tangkap pegawai dan anggota di bawah Op Benteng dan  kita dah tuduh mereka  di bawah jenayah terancang.

“Di mana  24 anggota  agensi penguatkuasaan sudah dituduh di mahkamah dan inilah format yang saya gunakan dalam kes Datuk Seri Nicky, yang  pasti dah lengkap nanti tangkapan akan di buat tunggu dan lihat,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan, seramai 34 pegawai dan anggota agensi penguatkuasa disyaki mempunyai hubungan dengan sindiket jenayah terancang itu, dengan majoritinya adalah pegawai dan anggota polis.

Pengasas Winner Dynasty Group yang berpusat di Setiawalk Puchong, Selangor itu dipercayai mendapat maklumat mengenai operasi 20 Mac lalu  menerusi pegawai dan anggota polis serta agensi penguat kuasa lain yang berada dalam “kawalannya”, termasuk seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya. – MalaysiaGazette