Subi.

KUALA LUMPUR – Bekas penyampai radio Era FM dan Suria FM, Subi, 55, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, di sini semalam selepas menjalani pembedahan buang usus

Arwah atau nama sebenarnya, Subarma Mohtaruddin menjalani pembedahan buang usus sepanjang 1.8 meter.

Jenazah arwah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dengkil, Sepang pada petang semalam.

Sebelum ini, arwah dilaporkan mengalami masalah hilang pendengaran sejak 2017. Disebabkan itu, arwah juga mengalami masalah keseimbangan badan hingga pernah jatuh di rumah dan kepalanya terhantuk di bucu meja.

Sejak itu, arwah menjadi semakin pelupa, malah pernah terbabit dengan kemalangan jalan raya, Ogos tahun lalu.

Subi atau nama sebenarnya, Subarma Mohtaruddin mendirikan rumah tangga dengan Aishah Saironi, 57. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Adibah dan Muhammad Yusof, 19.

Selepas tamat kontrak bersama Suria FM pada penghujung 2017, arwah Subi mengendalikan radio internet dan sistem karaoke sendiri. – MalaysiaGazette