PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menafikan telah mengeluarkan kenyataan media tentang pemberian diskaun tol 50 peratus untuk orang ramai yang pulang untuk mengundi sepertimana yang tular pada ketika ini.

KUALA LUMPUR – Syarikat logistik, Berjasa Logistics Sdn. Bhd. (dikenali Sin Kung Logistics (KL) Sdn Bhd sebelum ini) telah dikenakan liabiliti vikarius oleh Mahkamah Persekutuan susulan pemandu atau pekerja syarikat terbabit gagal menjelaskan jumlah tol yang ditetapkan.

Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) berkata, salah laku itu membabitkan 19 buah kenderaan milik syarikat berkenaan yang dipandu oleh pemandu-pemandu syarikat tersebut dengan sengaja mengelak daripada membayar tol di lebuh raya PLUS sejak beberapa tahun lalu.

“Pada 20 Julai 2017, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan untuk membenarkan tuntutan Plus sebanyak RM518,369.27 dengan kos sebanyak RM100,000 kerana kegagalan pemandu syarikat tersebut membayar tol di lebuh raya PLUS.”

“Susulan itu, syarikat Berjaya Logistics Sdn Bhd telah membuat rayuan dan Mahkamah Persekutuan memutuskan mengenakan liabiliti vikarius pada syarikat terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 01 FEBRUARI 2020

Tambah PLUS, beberapa taktik penipuan tol yang digunakan pemandu kenderaan berat telah dikenalpasti dan pihaknya sedang mengambil langkah pencegahan termasuk tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.

Ujarnya, PLUS memandang serius tindakan segelintir pemandu kenderaan yang sengaja mengelak untuk membayar tol dan memohon kerjasama syarikat logistik dan pemilik kenderaan berat memantau tindakan pemandu atau pekerja mereka dan mempunyai sikap bertanggungjawab.

Pada masa yang sama, PLUS juga berkolaborasi bersama-sama pihak berkuasa bagi membendung kejadian penipuan pembayaran tol di lebuh raya, menurut kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast