KUALA LUMPUR – Kesemua pelakon dalam iklan raya yang mempromosikan judi online sehingga mencetuskan kemarahan ramai sudah ditangkap polis.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan kesemua pelakon dalam video itu ditahan di sekitar ibu negara hari ini.
Tanpa mendedahkan secara terperinci waktu penahanan mereka, katanya, semua suspek akan direman untuk siasatan lanjut.
“Semua pelakon dalam video promosi judi online itu sudah ditangkap polis.
“Pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi sudah tangkap pelakon-pelakon ini (video judi online)
“Esok kita akan reman mereka,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Mohamad Zainal menambah, mereka kini ditahan di lokap Dang Wangi.
Katanya, esok Majistret Kuala Lumpur akan datang ke IPD untuk meluluskan reman ke atas mereka bagi membolehkan polis meneruskan siasatan ke atas mereka.
Artikel berkaitan:Penerbit, pelakon video promosi judi online diburu polis – Acryl Sani
Petang tadi, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, satu laporan polis berkaitan video tular itu dibuat selepas dikesan dalam media sosial semalam.
“Polis telah memulakan siasatan terhadap video berdurasi 2 minit satu saat itu.
“Isi kandungan video ini mendapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.
“Penerbit dan pelakon akan dikesan dan dipanggil untuk dirakam keterangan untuk disiasat lanjut,” tegasnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1955.- MalaysiaGazette
Macam mana cara judinya. Biasanya judi ni memerlukan modal cagaran . apabila modal itu akan hilang atau akan dapat untong maka itulah sifatnya judi . kalau tiba2 saja orang bagi nombor bertuah tanpa modal adakah ianya dikira judi .
BASODIA.. ko ni cer baca sikit kat surstkhabar sblm komen. Iklan raya tu bukan kasi no bertuah laa. Dia kasi iklan web judi online. Kaitkan judi dengan raya dan org Islam sbg bahan promo salah la. Hagak2 la nak cari duit pun.
Harap kerajaan PN dapat bertindak tegas jangan buat tidak kisah seperti kerajaan PH. Mereka yang suka membecah belahkan dan mengucar kacir kan perpaduan negara perlu di penjara.Tidak kira dia youtuber ke. Kalau di US, hackers yang di tangkap tidak dibenarkan menyentuh internet komputer begitu juga patutnya dengan pengarah youtuber ini tidak boleh sentuh camera dan internet komputer.
Surah AlMaa�idah. Ayat 090.
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
MASALAHNYA MALAYSIA ADA ISTILAH JUDI yang diLULUSKAN halal spt GENTING KASINO MAGNUM TOTO…TERMASUKLAH JUDI ON LINE dn tiada lesen diluluskan haram….bulan RAMADHAN pun ada kaki judi melAYU main