MGNews: Kerajaan Kutip RM35.1 Juta Dari Pelan Rekalibrasi Pulang – Hamzah Zainudin

PUTRAJAYA – Kerajaan berjaya mengutip RM35.1 juta daripada kompaun dan bayaran pas khas yang dikeluarkan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Program Rekalibrasi Pulang sejak ia dilancarkan pada November lalu sehingga semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, seramai 72,324 PATI telah mendaftar untuk pulang manakala 73,506 lagi mendaftar bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.