Barisan Nasional (BN) Melaka masih belum membincangkan nama calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengerusinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pihaknya baru meminta senarai nama calon untuk dipertimbangkan dan diperhalusi, manakala mesyuarat malam tadi memberi tumpuan kepada persiapan jentera pilihan raya.
Menurutnya, jentera BN di semua peringkat telah dilengkapkan dan akan dilancarkan sebelum hari penamaan calon, selain parti itu bersedia menghadapi persaingan di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).















