Lukisan mural tanpa pakaian di Kampung Sungai Buloh, Kuala Selangor

KUALA LUMPUR – Lukisan mural besar memaparkan wanita tidak berpakaian di sebuah balai seni di Kampung Sungai Buloh, Kuala Selangor telah mencentuskan kemarahan orang ramai terutama umat islam, semalam.

Rata-rata penduduk beranggapan lukisan mural itu tidak menitikberatkan sensitiviti masyarakat setempat.

Gambar mural itu telah dikongsikan menerusi Facebook penduduk Kampung Sungai Buloh.

Apatah lagi ketika ini umat Islam sedang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.

Mural besar itu telah mula dilukis sejak beberapa hari lalu untuk pameran antarabangsa yang bakal dianjurkan di Balai Seni Sasaran Kuala Selangor.

Walaupun kawasan itu majoriti dihuni penduduk berbangsa Cina namun masih mendapat perhatian dari pelbagai lapisan masyarakat setempat.

Lukisan mural telah di tambah lukisan baju pada tiga wanita.

Menerusi perkongsian penduduk di sana, sehingga lewat malam tadi, pelukis mural berkenaan telah melakarkan pakaian pada tiga wanita itu serta pemilik bangunan telah menutup mural dengan kain.

Sehubungan itu, penduduk sekitar Kuala Selangor menggesa pihak berkuasa iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor mengambil tindakan tegas atas lukisan mural itu agar bulan Ramadan ini tidak dicemari dengan kegiatan ‘seni melampau’.

Balai Seni Sasaran Kuala Selangor merupakan projek komuniti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dimulakan lebih 10 tahun lalu.

Malah menjadi salah satu lokasi tarikan pelancong di daerah Kuala Selangor dengan menempatkan pelbagai bahan dan objek seni boleh dibeli oleh pencinta seni. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast