Ed Woodward

LONDON – Ed Woodward menjadi mangsa pertama projek Liga Super Europa (ESL) yang terkandas apabila secara dramatik mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United berkuatkuasa serta merta.

Woodward didakwa berperanan utama dalam gerakan dan pembentukan projek kontroversi ESL itu apabila dikaitkan dengan bank pelaburan terkemuka dari Amerika Syarikat, JP Morgan yang didakwa memberi suntikan kewangan berjumlah £4.3bilion.

Namun selepas Manchester City dan Chelsea secara mengejut mengumumkan pengundurannya dari liga kontroversi itu, Ed Woodward mengambil langkah selamat segera meletakkan jawatannya yang disandang selama lima tahun itu.

Setakat ini tiada sebarang komen lanjut dari mulut Woodward mengenai faktor yang mendesak pengundurannya dari Old Trafford walaupun dikaitkan dengan ESL secara meluas oleh media Eropah sejak malam tadi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast