UMNO ministers deputy resign Emergency extend Parliament MPs Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sesetengah pihak dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang melabelkan pemimpin UMNO sebagai binatang politik.

Menurutnya, UMNO tidak perlu melayan salakan tidak tentu arah kerana salakan amarah itu ekoran majoriti pemimpin partinya enggan menggadaikan parti keramat agama, bangsa dan negara ini.

“Kita tidak pasti binatang apa yang disamakan itu, tetapi yang pasti bukan haiwan bergelar katak. Mustahil mereka tergamak menyamakan pemimpin UMNO yang setia dengan katak,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, tidak cukup dengan mencerca, pemimpin UMNO juga ditambah pula dengan tuduhan bersifat fitnah.

“Ya memang begitulah politik berpaksikan fitnah terus menerus dijadikan ‘senjata’ sejak PRU-14.

“Apapun begitu sekali kebencian ditunjukkan pemimpin Bersatu itu kepada UMNO dan pimpinannya. Sehinggakan dasar UMNO sejak ditubuhkan mempertahankan kepentingan Melayu turut diperlekeh.

“Kita tahu mengapa pemimpin Bersatu itu bersikap demikian meskipun di bulan yang mulia bulan Ramadan,” katanya.

Sebelum itu,u pemimpin Bersatu iaitu Ahli MPTnya Muhammad Faiz Na’aman menyifatkan ‘Kluster Mahkamah’ yang merujuk kepada pimpinan UMNO sebagai binatang politik.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast