Jumlah perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) dan KTM antara bandar mulai 14 Oktober ini berikutan kebenaran rentas negeri oleh kerajaan. - Gambar hiasan

PADA tanggal 23 April setiap tahun, kita akan menyambut Hari Buku Sedunia. Insentif ini dicetuskan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi mengalakkan pembacaan, penerbitan dan hak cipta.

Tarikh ini dipilih bersempena ulang tahun kematian penulis tersohor dunia seperti Miguel de Cervantes, William Shakespare dan Inca Garcilaso de la Vega yang banyak menyumbang karya kesasteraan yang bermutu tinggi.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan sempena menyambut Hari Buku Sedunia ini. Kita boleh
menyumbang buku kepada orang yang tidak berkemampuan, memberi hadiah buku ilmuan kepada rakan-rakan dan menceritakan kisah-kisah menarik dari buku cerita kepada anak-anak.

Untuk diri kita pula, cubalah membaca buku yang bukan dari topik kebiasaan kita. Terokailah tema, gaya penulisan atau genre buku yang berbeza. Luaskan pandangan dan cubalah suatu makalah yang baru. Dengan memulakan trending ini, minat membaca akan kembali bertaut di dalam hati masyarakat.

Membaca merupakan satu amalan yang mulia, dimana ayat al-quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah Iqra yang bermaksud bacalah. Ayat-ayat dari Surah Al-‘Alaq ini sangat signifikan di dalam kehidupan kita kerana Allah SWT menerangkan penciptaan manusia dari  sesuatu yang hina kemudian memuliakan kita dengan kebolehan membaca, menulis dan meneroka ilmu pengetahuan.

Namun, manusia lupa akan kejadiannya dan tidak bersyukur atas nikmat yang
diberikan serta melampaui batas dalam perbuatan. Mereka merasakan diri mereka serba cukup dan sempurna.

Umat Islam yang memegang teguh dengan ajaran Islam tidak menolak ilmu keduniaan seperti matematik, sains dan teknologi. Terdapat ilmuah Islam yang tersohor seperti Ibnu Sina (bidang perubatan), Al-Khawarizmi (bidang matematik ), Al-farabi (bidang Sains), Jabir ibn Hayyan (bidang kimia) yang menjadi tonggak pengetahuan pada zaman mereka. Hasil penulisan mereka diterjemahkan berulang kali ke pelbagai bahasa. Buku-buku ilmuan Islam menjadi rebutan dari seluruh pelusok benua.

Mereka juga menjadi pelita bagi membuka jalan pada zaman kegelapan masyarakat barat pada ketika itu. Tamadum Islam menjadi teguh, terkenal dan menjadi rujukan
pada serata dunia.

Inilah kepentingan membaca dan berilmu. Tanpa membaca kita akan mudah tertipu, percaya sesuatu yang tidak sahih, mundur dan akan menjadi malas. Dengan ilmu pengetahuan yang berkat, negara akan dapat dibina dan pemikiran rakyat akan menjadi lebih maju.

Membaca buku akan memberi ketenangan, kepuasan dan melahirkan perasaan ingin tahu. Daya ingatan dan memori kita akan menjadi semakin baik kerana sentiasa dirangsang dengan fakta dan imaginasi. Maka, bersempena dengan Hari Buku Sedunia, marilah kita bersama-sama membeli sebuah buku dan mulalah membaca.

OLEH: Profesor Madya Dr Azrul Hafiz bin Abdul Aziz
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast