Abramovic kesal dengan tindakan terburu-buru mngheret chelsea dalam isu kontroversi ESL.

LONDON – Pemilik Chelsea Roman Abramovich serta lembaga pengurusannya kesal kerana mengheret sama kelab itu dalam projek kontroversi Liga Super Europa (ESL).

Abramovich mengakui kelab tersebut tidak sepaturnya diheret dalam isu tersebut tanpa mempertimbangkan pendapat dan emosi peminat kelab itu.

The Blues antara enam kelab elit Liga Perdana Inggeris yang menyatakan persetujuan menyertai ESL itu.

Namun, tidak sampai 48 jam projek itu telah musnah selepas enam kelab EPL menarik diri dari projek berkenaan.

Kritikan serta bantahan daripada penyokong kelab masing-masing, selain protes jalanan memaksa kesemua kelab itu menarik diri daripada menyertai ESL.

“Pemilik dan juga lembaga pengarah kelab memahami penglibatan awal dalam projek ESL tidak sepatutnya berlaku dan dibiarkan terjadi.

“Kami menyesal dengan apa yang telah berlaku dan sememangnya mahu memastikan kelab ini berada di landasan tepat,” kata Abramovich.

Jutawan warga Rusia itu mendakwa keputusan tersebut diambil dalam keadaan terdesak kerana tidak mengambil risiko merosot dalam saingan dengan seterunya dalam saingan EPL dan juga Eropah.

Bagaimanapun Abramovic mengakui pihaknya segera menyedari tindakan terburu-buru itu akan mencemarkan reputasi kelab berkenaan.

“Kami telah mengambil masa yang secukupnya sejak menarik diri dari ESL untuk bercakap dengan para penyokong kelab ini dan mendengar pendapat dan juga kebimbangan mereka.

“Misi kami adalah sentiasa memastikan Chelsea menjadi sebuah kelab terbaik di rantau ini dan membalas sokongan komuniti dengan kejayaan kejuaraan domestik dan antarabangsa,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast