Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,690 kes positif baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, 2,680 adalah penularan tempatan manakala 10 lagi merupakan jangkitan di luar negara.

Menurutnya, dengan itu jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 392,942 kes.

“Ketika ini, 23,753 sedang dirawat, dengan 283 di unit rawatan rapi (ICU) dan 121 kes memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 1,853 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya daripada wabak tersebut sebanyak 367,753 kes.

Bagaimanapun, terdapat pertambahan 10 lagi kes kematian menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia akibat Covid-19 iaitu sebanyak 1,436 kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast