KUALA LUMPUR – Pelabur asing terus menjadi penjual bersih ekuiti tempatan pada minggu lalu yang berakhir 23 April lalu kepada RM490.30 juta – lebih tinggi berbanding minggu sebelumnya.
Ketika pasaran dibuka semula pada Isnin lalu, pelabur asing menjual sebanyak RM142.17 juta ekuiti tempatan.
MIDF Research berkata, pelabur runcit dan institusi tempatan, masing-masing merupakan pembeli bersih dengan nilai RM48.77 juta dan RM93.40 juta.
Manakala pelabur asing pula adalah penjual bersih setiap hari kecuali pada hari Selasa dengan merekodkan aliran keluar terbesar pada hari Rabu sebanyak RMRM258.17 juta.
Aliran terkecil pula pada hari Khamis sebanyak RM51.19 juta dan satu-satunya aliran masuk yang direkodkan ialah RM27.50 juta.
Tambahnya, pelabur runcit merupakan pembeli bersih setiap hari kecuali hari Khamis dan Jumaat dengan belian terbesar direkodkan pada hari Rabu sebanyak RM125.58 juta.
Belian terkecil pula pada hari Selasa sebanyak RM9.66 juta.
MIDF Research berkata, bagi kumulatif minggu lalu, pelabur runcit membuat belian RM171.68 juta di bursa.
Sementara kumulatif pelabur institusi sebanyak RM318,63 juta dengan belian terbesar pada hari Rabu sebanyak RM132.59 dan terkecil berjumlah RM53.04 juta.
Menurutnya, satu-satunya penjualan bersih berlaku pada hari Selasa sebanyak RM37.16 juta
Sejak awal 2021, secara kumulatif, pelabur runcit adalah satu-satunya pembeli bersih pasaran ekuiti berjumlah RM5.68 bilion manakala institusi tempatan dan pelabur asing adalah penjual bersih, masing-masing RM3.18 bilion dan RM2.49 bilion.
Dari segi penyertaan, pelabur runcit, institusi tempatan, dan pelabur asing mencatat kenaikan mingguan masing-masing sebanyak 21.08%, 21.08% dan -0.27% dalam nilai purata dagangan harian. – MalaysiaGazette