revocation Emergency Ordinance legal firms Minister at Prime Minister's Deparment, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. Parliament sitting emergency period legal firms lawyers essential services total lockdown FMCO The special National Security Council (MKN) meeting yesterday has allowed lawyers who need to represent their clients to face new charges, remand arrests and various criminal application to go to the court
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Denda maksimum bagi pengusaha perniagaan dan pemilik premis yang melanggar waktu operasi melebihi waktu ditetapkan adalah RM10,000.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu telah ditetapkan dalam Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Pindaan yang dibuat terhadap Akta 342 adalah untuk menaikkan kadar kompaun yang boleh dikenakan bagi sesuatu tindakan atau perbuatan yang menjadi kesalahan kerana menyebabkan penularan wabak Covid-19 dalam negara ini.

“Mengikut garis panduan tersebut, perbuatan seseorang pemegang lesen dan pemilik premis yang gagal mematuhi waktu operasi premis merupakan kesalahan kategori 3 yang boleh dikenakan kompaun maksima RM10,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Peniaga Burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir telah dikompaun sebanyak RM50,000 kerana beroperasi melebihi had waktu yang ditetapkan di Kota Bharu, Kelantan

Takiyuddin menjelaskan, pengurangan sebanyak 50 peratus boleh diberikan sekiranya pesalah dikenakan kompaun membuat pembayaran dalam tempoh tujuh hari manakala 25 peratus jika dilunaskan dalam tempoh 14 hari.

Tambahnya, segala tindakan mengenakan kompaun bagi kesalahan di bawah undang-undang bertujuan untuk pencegahan dan menberi pengajaran kepada pelaku.

Ia bagi memastikan semua pihak bertanggungjawab dalam usaha memerangi pandemik Covid-19 dalam komuniti yang masih lagi berada di peringkat kritikal dan serius.

Semalam, seorang peniaga burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir telah dikompaun sebanyak RM50,000 kerana beroperasi melebihi had waktu yang ditetapkan di Kota Bharu, Kelantan.

Katanya, ketika sedang berniaga di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu, dia didatangi pihak polis pada sekitar jam 11 malam.

Tulisan Wan Mohd Faisal di media sosial itu menerima simpati netizen yang menyifatkan kompaun RM50,000 itu tidak wajar dan pihak berkuasa sepatutnya sekadar memberi peringatan, bukan mengenakan kompaun. -Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Habis tu yg polis kompaun sampai 50 ribu maksimum kpd peniaga burger ni sebqb apa? Jahil kah? Ker peniaga burger depan rumah ni sebenarnya owner Syarikat Ramly Burger?

Comments are closed.