WASHINGTON – Dua kes pembekuan darah terbaharu dilaporkan berlaku selepas menerima vaksin Covid-19 Johnson & Johnson (J&J) sedang disiasat oleh pegawai kesihatan persekutuan, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) pada Selasa lalu.
Kes berkenaan membabitkan seorang lelaki dan wanita, masing-masing berusia di bawah 60 tahun, sekali gus menjadikan jumlah kes bertambah kepada 17 daripada 8 juta penerima suntikan vaksin tersebut.
Kejadian terbaharu ini muncul selepas pengawal selia kesihatan AS mencadangkan penggunaan semula vaksin J & J ini diberikan semula selepas ditangguhkan selama 10 hari untuk siasatan kaitannya dengan insiden pembekuan darah.
CDC dan Pentadbiran Makanan dan Dadah mengatakan risiko mengalami sindrom yang melibatkan pembekuan darah yang teruk dan platelet rendah akibat penggunaan vaksin ini adalah sangat rendah. – MalaysiaGazette