Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Salah faham pasangan suami isteri dalam menentukan hak penjagaan anak mereka akhirnya telah selesai.

Bagaimanapun berdasarkan video pertelingkahan pasangan itu dalam kereta yang tular di Twitter, netizen mengkritik polis dengan dengan mendakwa pasukan keselamatan itu tidak menjawab panggilan dan tidak membuat kerja.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar yang menafikan dakwaan itu berkata, isu itu tidak timbul dan pasangan tersebut telah berdamai di balai polis.

Kata beliau, pasangan itu datang bersama bayi lelaki ke Balai Polis Sri Petaling pada jam 3.55 petang semalam.

“Sekitar jam 4 petang, ketua balai berkenaan telah menemubual pasangan tersebut dan memaklumkan sebelum dimaklumkan bahawa berlaku salah faham sesama suami isteri dalam soal penjagaan bayi mereka.

“Ketua Balai telah menasihati mereka supaya membuat laporan polis namun pasangan itu enggan berbuat demikian dan telah berdamai semula dan beredar meninggalkan balai bersama bayinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video berdurasi seminit 10 saat yang dimuat naik oleh pemilik  akaun Princess@Radenzaharatul memaparkan pasangan suami isteri bertengkar di dalam kereta di hadapan kedai Ninjaz di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling.

Menurut Anuar, netizen yang menonton video itu terus melontarkan komen mengatakan bahawa polis tidak menjawab telefon dan tidak membuat kerja.

“Saya menafikan komen tersebut dan segala tindakan telah diambil oleh OCS Sri Petaling dan apa yang diviralkan netizen adalah tidak benar sama sekali.

“Orang awam dinasihati agar berhati-hati dalam memberi komen yang boleh menjatuhkan imej PDRM dan persepsi orang awam terhadap PDRM,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Soal penjagaan anak bukan masalah jenayah, so pergilah ke pejabat hak asasi kanak-kanak, dapatkan child psychologist atau laki-bini berdebatlah di mahkamah sivil.

Comments are closed.