Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memberi perhatian kepada pengusaha bas ekspres terus dihimpit kerugian akibat pandemik Covid-19.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka tertekan kerana sambutan hari raya sejak dua tahun lalu menyebabkan mereka tidak lagi mendapat keuntungan.

“Mereka tertekan, tidak boleh bekerja dan tiada pendapatan. Itulah dilema yang dihadapi baik di pihak pengusaha mahu pun pemandu.

“Keresahan dan kesedihan itu diluahkan pengusaha kepada media yang seharusnya diberikan perhatian serius oleh kerajaan. Itu yang saya fikirkan.

“Masakan tidak. Sebelum hadirnya Covid-19 dua tahun lalu, tempahan tiket bas ekspress mendapat permintaan tinggi terutama menjelang Aidilfitri. Boleh dikatakan di awal Ramadan sudah ada yang menempah.

“Keadaannya kini berubah 360 darjah. Rungutan dan rintihan mereka harus didengari. Tempahan terus sepi memandangkan aktiviti rentas negeri masih tidak dibenarkan. Sudah dua tahun situasi sama dialami. Jika dahulunya kira-kira 5,000 hingga 6,000 bas ekspress akan beroperasi menjelang musim perayaan,” katanya dalam Facebook hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, jika banyak tempahan pemandu beroleh pendapatan dan syarikat mendapat keuntungan dan ia sekaligus merancakkan ekonomi tetapi tidak pada tahun ini.

“Bagaimana mahu meraikan lebaran di rumah? Jika tiada pendapatan bolehkah kerajaan salurkan sumbangan? Saya rayu.
Itu di peringkat pemandu. Bagaimana pula pengusaha? Mereka mati akal akibat menampung pelbagai hutang bank. Perlu difikirkan juga,” katanya.

Pada 18 November tahun lalu Ahmad Zahid ada bertemu Pertubuhan Gemilang Agensi Pelancongan dan Pe­ngusaha Bas Malaysia (GAPP Bas Malaysia) dan mereka maklumkan sebanyak 10,000 agensi bas pelancongan dan pengusaha bas Malaysia berdepan bebanan hutang iaitu kira-kira RM3 bilion ekoran gagal menyelesaikan pinjaman.

“Ia disebabkan pergerakan yang terbas dan Covid-19 dan sepatutnya isu berkenaan ibentangkan di Parlimen tetapi apakan daya, semua orang memahami,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast