logo polis
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis telah memulakan siasatan ke atas netizen yang mengeluarkan kata kesat dan memfitnah pasukan keselamatan itu tidak buat kerja dengan mendakwa ia tidak menjawab panggilan telefon pasangan suami isteri yang berebut penjagaan hak bayi mereka

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kertas siasatan telah dibuka ke atas pemilik akaun Twitter yang menggunakan kata-kata kurang sopan bagi menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk tindakan lanjut ke atas mereka,” katanya menerusi mesej WhatsApp di sini.

Semalam Anuar memberitahu, berdasarkan video pertelingkahan pasangan itu dalam kereta yang tular di Twitter, netizen mengkritik polis dengan dengan mendakwa pasukan keselamatan itu tidak menjawab panggilan dan tidak membuat kerja.

Video berdurasi seminit 10 saat yang dimuat naik oleh pemilik  akaun Princess@Radenzaharatul memaparkan pasangan suami isteri terbabit bertengkar di dalam kereta di hadapan kedai Ninjaz di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling. – MalaysiaGazette