Ayman Zahawiri

LONDON – Kumpulan militan, Al-Qaeda, berikrar akan ‘melancarkan serangan ke atas semua bahagian’ Amerika Syarikat (AS) kecuali jika ia berundur daripada dunia Islam.

Bercakap 10 hari sebelum ulang tahun kesepuluh pembunuhan bekas ketua kumpulan itu, Osama bin Laden, dua agennya memberitahu CNN bahawa ia merancang kembali ke Afghanistan apabila tentera AS berundur.

“Amerika kini telah kalah,” kata Al-Qaeda.

Kumpulan militan yang kini dipimpin oleh Ayman Zawahiri dibayangi Daesh sejak beberapa tahun kebelakangan ini daripada aspek pelancaran serangan dan liputan media.

Pada April lalu, Presiden AS, Joe Biden mengumumkan beliau akan megundurkan tentera dari Afghanistan, menamatkan peperangan terpanjang AS yang tidak berkesudahan.

“Bin Laden is dead and Al-Qaeda is degraded in Afghanistan. And it’s time to end the forever war,” he said.

“Bin Laden telah mati dan (kuasa) Al-Qaeda telah menyusut di Afghanistan. Masanya telah tiba untuk menamatkan peperangan ini untuk selama-lamanya,” kata beliau.

Sebagai sebahagian daripada pengunduran itu, rundingan antara Taliban dan AS bersetuju kumpulan itu memutuskan hubungan dangan Al-Qaeda.