NEW DEHLI – Lonjakan kes baharu harian Covid-19 sehingga mencecah lebih 400,000 menyebabkan India terus dibelenggu pandemik itu.

Antara faktor peningkatan kes ialah kemunculan varian baharu Covid-19, selain kegagalan mematuhi sekatan untuk mengekang penularan virus itu.

Laporan media India melaporkan negara itu telah memperluaskan pelaksanaan program imunisasi kepada golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas membabitkan kira-kira 600 juta penduduk bermula hari ini.

Bagaimanapun pada masa sama, banyak negeri di India mendedahkan bahawa ia kekurangan stok vaksin.

Rekod menunjukkan kira-kira 150 juta suntikan vaksin Covid-19 telah diberikan kepada 1.3 bilion penduduknya namun hanya 25 juta orang telah menerima suntikan kedua.

Walaupun sebelum ini golongan muda takut untuk mengambil vaksin namun keadaan semasa menyebabkan mereka mendapatkan sintikan.

Namun kumpulan untuk mendapatkan vaksin melalui temu janji masih rendah.

Lebih membimbangkan apabila kerajaan membuat keputusan untuk meminta hospital swasta dan negeri supaya menempah sendiri bekalan vaksin.

Ini akan mewujudkan sistem harga tiga peringkat yang menuntut bayaran lebih tinggi bagi setiap dos. – MalaysiaGazette