Southampton yang beraksi dengan 10 pemain berjaya mengecewakan the Foxes sekadar terikat seri 1-1 dalam aksi Liga perdana Inggeris semalam.

LONDON – Southampton yang bermain dengan 10 orang sepanjang 80 minit berjaya mengikatkat Leicester City 1-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Pemain tuan rumah, Jannick Vestergaard dibuang padang 10 minit perlawanan bermula apabila mengkasari Jamie Vardy.

Keputusan kontroversi pengadil Robert Jones itu menyaksikan Southampton menguatkan jentera pertahanan.

Southampton membuka tirai jaringan pada minit ke-61 menerusi sepakan penalti yang diambil James Ward Prowse selepas Kelechi Ihanacho menghalang rembatan Stuart Armstrong dengan menggunakan tangan.

Bagaimanapun Johny Evans menjaringkan gol penyamaan tujuh minit selepas itu menerusi tandukan kencang hasil hantaran silang Ihanacho.

The Foxes mendapat peluang untuk menggandakan gol menerusi Vardy namun percubaanya ditepis penjaga gol, Alex McCarthy ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Leicester kini menduduki tangga ketiga liga. – MalaysiaGazette