Semua aktiviti rentas daerah dan negeri dilarang kecuali dengan kebenaran PDRM.

SHAH ALAM – Sekretariat Akhbar Datuk Menteri Besar Selangor mengesahkan bahawa kenyataan yang tular mendakwa kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Selangor akan dilaksanakan sama ada 4 Mei atau 5 Mei 2021 adalah palsu.

Mesej yang tular di media sosial itu adalah berkaitan keputusan dan cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor, bertarikh 1 Mei.

Mesej tersebut berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Selangor, cadangan berkaitan sekolah dan justifikasi atas keputusan tersebut.

“Kami mengesahkan bahawa mesej tersebut adalah palsu,” kata Sekretariat Akhbar Datuk Menteri Besar Selangor ketika dihubungi di sini hari ini.

Selangor telah mencatatkan kes tertinggi COVID-19 beberapa hari berturut-turut sejak Selasa (27 April) daripada 2,733 kes baharu yang dilaporkan, Selangor catat kes tertinggi dengan 750 kes, Rabu (28 April), daripada 3,142 kes baharu, Selangor mencatat kes tertinggi (1,019 kes) dan Khamis (29 April) daripada 3,332 kes baharu, Selangor adalah tertinggi dengan 1,083 kes.

Pada Jumaat (30 April) juga daripada 3,788 kes baharu, Selangor mencatatkan yang tertinggi dengan 1,265 kes dan Sabtu (1 Mei) daripada 2,881 kes baharu, Selangor mencatatkan yang tertinggi dengan 759 kes.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara bagi Negeri Selangor pada 30 Mei 2021 bagi meneliti semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast