KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,500 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 18 kematian kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurutnya, ia menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 417,512 kes dan 1,551 kematian.
Menurutnya, Selangor masih mencatatkan jumlah kes terbanyak dengan 637 kes.
Ia disusuli Kelantan (401), Sarawak (356), Johor (205), Kuala Lumpur (200) dan Pulau Pinang (194).
“Hanya dua negeri tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes hari ini iaitu Labuan dan Perlis,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Noor Hisham berkata, sembilan kluster baharu turut dikesan, menyebabkan seluruh negara mempunyai 398 kes aktif. – MalaysiaGazette