JKSB santuni 21 kanak-kanak dari rumah kebajikan di Pasaraya Mydin, Bukit Jambul semalam.

GEORGE TOWN – Seramai 21 kanak-kanak dari dua rumah kebajikan di sini, diraikan dalam majlis anjuran Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) di Kompleks Bukit Jambul, di sini semalam.

Kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun dari Rumah Permata Kasih Mengkuang dan Alma itu turut diberi kesempatan memilih sendiri kelengkapan dan pakaian raya di Pasaraya Mydin, kompleks berkenaan.

Ketua Eksekutif JKSB, Faisal Shahbudin berkata, ia adalah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu yang sentiasa mengingati golongan memerlukan.

Faisal.

Kata beliau, kanak-kanak itu terdiri daripada anak yatim dan keluarga asnaf serta kurang berkemampuan.

“Setiap kanak-kanak menerima peruntukan sebanyak RM200 seorang bagi membeli kelengkapan raya berkenaan.

“Ini juga merupakan salah satu cara untuk memberi semula kepada komuniti setempat di mana JKSB beroperasi.

Sebahagian kanak-kanak selesai memilik baju raya mengikut pilihan masing-masing.

“Kita mahu memberikan mereka pengalaman dan keseronokan yang sama seperti mana kita rasai ketika di usia mereka dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Tambah Faisal, kesemua kanak-kanak itu turut dibawa ke Hotel Jen untuk berbuka puasa bersama sebaik selesai membeli-belah.

Sementara itu, Amirun Aiman Mushati, 12, berkata, ia adalah kali pertama dia mendapat peluang memilih baju raya sendiri.

“Sebelum ini pakaian rayanya saya dibeli ibu dan ayah yang bekerja sebagai peniaga.

“Rasa gembira dapat pilih pakaian bersama rakan baik dan tahun ini saya memilih baju raya berwarna hijau,” jelasnya yang sudah tinggal di pusat jagaan itu sejak empat tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast