Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menghalang Kerajaan Selangor untuk menarik balik kebenaran operasi bazar Ramadan di enam daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri itu mulai Sabtu ini

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negera (MKN) turut membenarkan jika operasi bazar Ramadan dengan syarat perlu melaksanakan SOP ketat.

“Di peringkat MKN kita benarkan bazar Ramadan dengan SOP ketat dan pada masa sama kita beri kuasa kepada negeri untuk menentukan sama ada mahu meneruskan atau menutup.

“Hari ini Selangor umum mereka tidak benarkan bazar di enam daerah PKP, jadi kita tak ada halangan dari segi itu kerana kehendak Selangor.

“Macam di Kelantan juga sebelum puasa mereka tidak benar lansung bazar Ramadan, saya difahamkan di kawasan PKP di Kedah mereka akan tutup, jadi mereka diberi kuasa untuk untuk menentukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis berbuka puasa bersama pelajar Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM) di Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi di enam daerah yang dikenakan PKP di negeri itu bermula Sabtu ini.

Bagaimanapun katanya, rumah ibadat dan tadika masih boleh terus dibuka buat masa ini.

PKP akan dilaksanakan di Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang mulai esok hingga 17 Mei ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast