Azizi Safar

KUALA LUMPUR – Walaupun berdepan peningkatan mendadak kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19, jutaan orang masih keluar mengundi pada fasa terakhir pilihan raya di India baru-baru ini.

Malah dunia menyaksikan bagaimana barisan panjang pengundi kelihatan di luar bilik undi ketika suhu meningkat dengan kebanyakan pengundi luar bandar gagal mematuhi penjarakan fizikal mahu pun memakai pelitup muka seperti disyaratkan.

Sehingga artikel ini ditulis, India telah merekodkan hampir 20.7 juta kes jangkitan dan hampir 226,000 kematian  pada masa ini.

Bagi pemerhati politik, Azizi Safar berkata, sepatutnya menjadikan India sebagai satu pengajaran supaya ‘kesilapan’ seumpama itu tidak berlaku di negara ini.

“Parti Perdana Menteri India Modi, BJP kalah dalam pilihan raya di West Bengal. Kerajaan Modi dan partinya dikritik dengan hebat kerana lebih beri tumpuan untuk mengadakan pilihan raya dan bukannya kepada usaha-usaha memerangi Covid-19.

“Walaupun mengalami lonjakan kes Covid-19, lebih sebulan lalu, kerajaan India tetap nekad mengadakan pilihan raya peringkat negeri di lima buah negeri.

“Ketika perhimpunan kempen pilihan raya diadakan, ramai orang yang menghadirinya tidak memakai pelitup muka.

“Pakar-pakar menyalahkan sikap orang ramai yang mengambil mudah tentang Covid-19 hingga menyebabkan India beberapa kali merekodkan jumlah kes jangkitan baharu harian tertinggi di dunia,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Menurut Aiziz, apa yang berlaku di India boleh berlaku di negara-negara lain juga jika  kurang disiplin diri dan ambil sikap sambil lewa dengan SOP yang ditetapkan. 

“Bukan salah SOP. Ketidakpatuhan kepada SOP yang menjadi punca utama penularan COVID-19 sukar dikawal,” jelasnya.

Modi berhadapan dengan pelbagai kritikan kerana terlalu memberi tumpuan kepada pilihan raya dan tidak menjadikan pandemik yang sedang membelenggu negara itu ketika ini malah keadaannya semakin kronik ketika ini, katanya.

Malah ramai pakar menuding jari menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan kerana membenarkan rapat-rapat pilihan raya dan undi diadakan dengan orang ramai berbondong-bondong berhimpun serta melanggar peraturan jarak selamat dan memakai pelitup. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Jgn jd mcm pilhanraya India…blh jdkan pilihanraya USA dan Singapore sbg benchmark…

Comments are closed.