Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) terletak di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor bermula Sabtu ini sehingga 21 Mei depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“KKM hari ini melaporkan situasi semasa kes Covid-19 di Sekolah Sukan Tunku Mahkota
Ismail (SSTMI) Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

“Sehingga kini, KKM telah melakukan 212 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 96 orang daripadanya didapati positif Covid-19.

“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh satu minggu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan turut bersetuju melaksanakan PKPD di 16 lokaliti di Sg Ruan dan tujuh lokaliti di Sempalit, Raub, Pahang bermula 8 Mei sehingga 21
Mei 2021.

Sehingga kini, KKM mengesahkan terdapat peningkatan ketara kes dalam tempoh dua minggu yang melibatkan lokaliti ini dengan 65 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal terhadap kontak rapat dan penduduk yang terlibat untuk mengelakkan penularan Covid-19 ke komuniti luar,” katanya.

Berikut merupakan senarai lokaliti yang terlibat:

16 Lokaliti Sungai Duan
– Taman Dahlia
– Taman KSM Sungai Ruan
– Taman Bunga Raya
– Taman Sungai Ruan
– Taman Cempaka
– Taman Bunga Matahari
– Taman Koperasi Mewah
– Taman Melewar

– Taman Mawar
– Taman Mawar Impian
– Taman Bunga Tanjung
– Taman Bunga Angsana
– Taman Melor
– Taman Orkid
– Rumah Murah Sungai Ruan
– Kg. Baru Sungai Ruan

7 lokaliti di Sempalit
– Kg. Baru Sempalit
– Taman Sempalit Indah
– Taman Sempalit Baru
– Taman Sempalit Aman
– Taman Sempalit Jaya
– Taman Emas
– Taman Emas Baru – MalaysiaGazette