Villarreal mengecewakan harapan Arsenal untuk mara ke pentas final Liga Europa selepas terikat seri tanpa jaringan tetapi menang dengan agregat 2-1 di Emirates awal pagi tadi.

LONDON – Arsenal gagal mara ke perlawanan akhir Liga Europa setelah seri tanpa jaringan dengan Villarreal di Stadium Emirates pada perlawanan kedua separuh akhir awal pagi ini.

Kelab Sepanyol itu layak ke perlawanan akhir dengan agregat 2-1 dan akan bertemu Manchester United.

Liga Ropah meruupakan satu-satunya laluan pasukan bimbingan Mikel Arteta untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah pada musim.

Namun kegagalan itu menyaksikan rekod selama 25 tahun beraksi di pentas Eropah lebur.

Kini Arsenal yang mengutip 49 mata menghuni di tangga kesembila liga dengan berbaki empat perlawanan.

“Kami sangat kecewa dengan kekalahan ini.

“Kemenangan Liga Europa satu-satunya jalan mencerahkan peluang kembali ke kempen Liga Juara-Juara Eropah musim depan, malangnya ia telah dimusnahkan oleh Villarreal,” kata Arteta.

Menurut beliau, pasukannya menang pada perlawanan itu berikutan tiga peluang namun ia disia-siakan. – MalaysiaGazette