PUTRAJAYA – Kes Covid-19 di negara ini boleh mencecah hampir 7,000 setiap hari pada penghujung Mei atau awal Jun ini sekiranya orang ramai masih inggar dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang memberi amaran itu berkata, dengan kes harian melebihi 4,000 pada minggu pertama bulan ini, tidak mustahil lonjakan itu akan berlaku.
Menurut beliau, sebelum ini Malaysia dijangka mencatat 5,000 kes pada penghujung Mei dan sekitar 3,000 kes pada pertengahan bulan.
“Tetapi sekarang, walaupun dua minggu sebelum pertengahan bulan ini, kita telah mencatat lebih daripada 3,000 kes.
“Sekiranya ini berlanjutan, pada akhir Mei kita mungkin mencatat 6,000 hingga 7,000 kes setiap hari,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini Covid-19 di sini hari ini.
Menurut Noor Hisham, virus Covid-19 telah menjangkiti manusia dengan varian-varian baharu.
Ujarnya, varian-varian baharu itu menjadi penyebab jangkitan berlaku dalam kalangan golongan muda dan jumlahnya semakin meningkat.
Malah, keadaan juga semakin teruk.
Varian baharu itu telah menjadi punca ramai pesakit dimasukkan ke hospital, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan rentan.
Antara varian baru yang dikesan adalah varian South African B.1.351, varian United Kingdom (B.117) dan varian India (B.1.617), katanya.
Menurut beliau, varian South Africa sudah menular di Selangor pada awalnya telah merebak di Negeri Sembilan, Perak dan Kelantan.
Noor Hisham berkata, varian baharu ini boleh berakhir dengan kematian dan kebolehkangkitannya tinggi. – MalaysiaGazette
Macam mana varian Afrika Selatan, varian UK dan varian India ni boleh masuk ke Malaysia? Rakyat Malaysia tak keluar negara kecuali menteri…jd macam mana boleh bolos masuk ke negara kita?? Kerajaan kena jelaskan…
Masuk ikut lorong tikus dong.