SAYA ingin mencadangkan kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan untuk memaksa setiap klinik dan farmasi melakukan test Covid (ujian saringan) secara mandatori jika menerima pesakit yang ada simptom Covid-19 melalui kuasa darurat.
Ini kerana pesakit yang ada simpton lebih bahaya.
Seperti yang kita ketahui, pesakit yang mampu keluarkan droplet dan rembesan ada risiko sebagai penyebar lebih bahaya dan jika mereka ini tidak tampil untuk ujian Covid-19, mereka dengan mudah mampu menyebarkannya.
Dengan ubatan over counter dari klinik, kita tidak mampu ketahui punca sebenar penyakit mereka dan mereka akan mengabaikan keperluan ujian saringan itu.
Risiko kematian mampu dielakkan
Apabila mereka mengambil ubat seperti antihistamine dan sebagai termasuk antibiotik, anti inflamation serta moculytic drug pasti sukar kita mengetahui kemajuan Covid-19 kerana simptom akan kurang seketika dan mereka salah anggap ini adalah flu biasa.
Maka, mereka akan alpa dan gagal ke hospital untuk susulan sehingga benar-benar di tahap bahaya atau perkembangan ke tahap serius.
Ketika itu kadar kematian akan meningkat dengan cepat kerana kelewatan mengesannya.
Saya tahu di klinik mereka bukan ingin uji kadar oksigen atau membuat ujian saringan Covid-19, maka bukankah kita (kerajaan) terlepas peluang mengesan mereka yang ada simptom dengan mudah?
Saya ingin mencadangkan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan mengedarkan kit secara percuma atau dengan kadar subsidi kepada setiap klinik atau farmasi.
Jadikan ujian saringan itu sebagai mandatori jika ada pesakit bergejala mengunjungi premis farmasi atau klinik untuk membeli ubat atau merawat penyakit yang ada simptom seperti Covid-19 iaitu demam mahupun kahak pekat ,batuk-batuk atau selesema.
Dengan melakukannya kita mampu menggelakkan sebaran dan juga kematian, di samping mampu mengenalpasti penyebar penyakit dengan mudah.
Orang yang tidak ada simptom sukar menyebarkannya kerana mereka tidak mengeluarkan rembesan atau batuk-batuk.
Tetapi, orang yang ada simptom agak mudah menyebarkannya. Mengapa tidak sasarkan golongan ini atau sekurang-kurangnya jadikan cara ini mandatori di kawasan yang ada kes tinggi.
Saya banyak memberi cadangan kepada Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan harap cadangan ini diambil serius untuk sama-sama berjuang menghentikan penyebaran virus Covid-19 ini. – MalaysiaGazette
Penulis, Rayyan Radzwill Abdullah adalah pakar Genetik dan Kimia Perubatan