Penduduk Tanah Putih mula memberi kerjasama yang baik dengan hadir membuat ujian calitan

KUANTAN – Penduduk Tanah Putih yang meninggalkan kediaman mereka sebelum 5 Mei lalu diminta  mengisytiharkan taraf kesihatan mereka.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Zairasyahli Syah Zulkifli berkata, ia dibimbangi mereka yang meninggalkan kawasan perumahan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) itu bergejala Covid-19.

“Perkara itu dikesan setelah rondaan yang dilakukan mendapati terdapat rumah tiada berpenghuni kosong yang dikunci selain menerima maklumat daripada jiran,” katanya.

Dua lokasi ujian calit di Dewan Jubli Perak Kuantan dan Masjid Al-Muttaqin Tanah Putih Baru.

Sementara itu, seramai 1,115 penduduk Tanah Putih Baru hadir pada hari pertama ujian calitan pada Isnin lalu manakala 842 orang lagi pada hari kedua di dua lokasi yang ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN :

200 penduduk PKPD Tanah Putih tinggalkan rumah sedang dicari

Polis kawal ketat Tanah Putih

Sila serah diri dengan cara baik, jalani ujian calit – Polis

“Terdapat dua lokasi untuk membuat saringan dan ujian calitan iaitu di Masjid Al-Muttaqin Tanah Putih Baru dan di Dewan Jubli Perak bermula seawal pagi 10 Mei sehingga kini.

“Nasihat kita tetap buka tempat saringan dan mohon mana-mana yang belum datang lagi, Boleh terus ke tempat buat saringan tanpa membuat temu janji,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.