Razalif Mohd. Zain (kiri).

PULAU PINANG – Yayasan Metamorphosis telah mengedarkan bantuan sebanyak 15,000 kotak bekalan makanan seperti acar buah dan buah kurma sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Metamorphosis, Razalif Mohd Zain berkata, sumbangan tersebut diagihkan kepada pelbagai masyarakat sama golongan kurang bernasib baik selain petugas barisan hadapan.

Jelas beliau, ia melibatkan anggota bomba, balai polis, kakitangan zoo negara dan golongan asnaf serta fakir miskin

“Tidak dilupa golongan penarik beca, nelayan, pemandu teksi dan gelandangan. Sumbangan ini diedarkan di seluruh negara walaupun kami memberi fokus di kawasan Bukit Bendera.

“Penglibatan yayasan ini setiap tahun diharap memberikan keceriaan kepada para penghuni rumah kebajikan anak yatim terbabit ketika menyambut lebaran.

“Lebih istimewa buah kurma yang diedarkan itu diimport khas dari Madinah manakala acar buah merupakan menu pembuka selera untuk dimakan dengan apa sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Razalif berkata, tanggungjawab memberi sumbangan bukan sekadar rutin di bulan Ramadan sahaja namun ianya perlulah dilakukan secara konsisten dan berstrategi.

Beliau memberitahu, yaysan itu komited dengan program sosial tanggungjawab korporat yang diadakan sepanjang masa yang bermula sejak beberapa tahun lalu.

Sebelum Ramadalan lalu, Yayasan Metamorphosis aktif memberi sumbangan di kawasan Bukit Bendera, Pulau Pinang menerusi bantuan persekolahan dalam usaha mengurangkan beban keluarga kurang berkemampuan menerusi Program Kembali ke Sekolah.

Bantuan persekolahan berupa baju, kasut dan beg sekolah itu disumbangkan kepada setiap murid yang keluarga berpendapatan rendah.- MalaysiaGazette