Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. The Drug Control Authority (DCA) has granted a conditional approval for Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) and Janssen COVID-19 Vaccine. CanSino Biologics Inc, China Johnson & Johnson
Tan Sri Dr. Noor Hisham.

PUTRAJAYA – Sebanyak lapan kluster baharu dikesan hari ini, kata Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Kata beliau, lima kluster itu adalah kluster tempat kerja disusuli dua kluster komuniti dan satu kluster keagamaan.

“Kluster tempat kerja adalah Kluster Jalan Keretapi Lama dan Lima Jalan Kebun di Selangor,Jalan Tropika Industri dan Jalan Suasa Industri di Johor;Kluster Jalan Chain Ferry di daerah Seberang Perai tengah dan Utara, Pulau Pinang.

“Kluster Komuniti iaitu Jalan Lilin dikesan di Sarawak dan Kongsi Lapan di Sabah dan akhirnya Kluster Keagamaan di laporkan di daerah Alor Gajah, Melaka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, kluster Jalan Tropika Industri melibatkan seorang remaja pekerja kilang warga tempatan berusia 19 tahun dikesan positif pada 9 Mei lalu menerusi sairngan individu bergejala dan kes mula bergejala pada 28 April lalu.

Untuk kluster berkenaan, katanya, seramai 112 individu telah disaring ujian Covid-19 dan 14 daripada dikesan positif pandemik itu.

Tambat beliau, kluster Jalan Chain Ferry membabitkan seorang pekerja wanita sebuah pasar raya berusia 23 tahun dikesan positif di Chain Ferry Butterworth semalam menerusi saringan individu bergejala.

“Bagi kluster berkenaan seramai 72 orang individu telah disaring dan 14 daripadanya disahkan positif Covid-19.

“Setakat ini sebanyak 1,848 kluster dilaporkan di dalam negara dan 1,391 kluster ditamatkan sementara 457 kluster masih dilaporkan aktif,” ujarnya.-MalaysiaGazette