Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Seramai 551 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) di mana 519 orang daripadanya dikenakan kompaun dan 32 lagi direman dalam Operasi Pematuhan, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kegagalan merekod butiran diri atau daftar masuk ke premis merupakan kesalahan paling tinggi dikesan membabitkan 124 individu.

“Ini diikuti tidak pastuh arahan kawalan pergerakan membabitkan 101 individu, tiada penjarakan fizikal (92), tiada penjarakan fizikal (92) dan tidak memakai pelitup muka (80),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, pihak berkuasa menahan dua pendatang asing tanpa izin (Pati) dan merampas dua kenderaan dalam Operasi Benteng (Op Benteng), semalam.

“Sebanyak 78 buah bot atau kapal dikesan di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan,” katanya.

Dalam pada itu, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 59,827 pemeriksaan memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

“Seramai 3,219 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,334 anggota telah membuat pemantauan di 4,219 pasaraya, restoran (4,518), kilang (2,171), bank (3,960), pejabat kerajaan (743) dan penjaja (1,733).

“Turut dipantau ialah pasar awam/tani (1,568), tempat ibadah (3,598), tempat riadah (2,025), terminal pengangkutan darat (1,850), terminal pengangkutan air (322) dan terminal pengangkutan udara (93),” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast