Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Malaysia sedia menghantar pasukan pengaman ke Palestin jika diminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia tidak boleh membuat keputusan secara bersendiri untuk menghantar misi ke Timur Tengah susulan konflik antara Palestin dan Israel kerana terikat dengan undang-undang antarabangsa.

“Kalau PBB minta (kita  sedia hantar misi pengaman ke Palestin).Ia mesti ditentukan PBB, tidak boleh Malaysia membuat keputusan (sendiri), mesti di bawah PBB ,itu peraturannya.

“Kita tidak boleh bersendirian hantar tentera kita kerana ia melibatkan undang-undang antarabangsa,” katanya pada sidang media  selepas mendengar taklimat berkenaan Kesiapsiagaan Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia Bagi Menangani Ancaman Wabak Covid-19 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini, hari ini.

Tambah beliau, sebelum ini Malaysia pernah menghantar pasukan pengaman di banyak negara antaranya Lubnan, Filipina, Sudan, Sierra Leone dan Kongo.

Semalam Malaysia, Indonesia, dan Brunei menyeru supaya gencatan senjata antara Israel dan Hamas dilakukan mengelakkan lebih ramai orang awam tercedera dan terbunuh.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan ketua tiga negara itu turut menyeru badan antarabangsa untuk memantau gencatan senjata selain mendesak PBB mengambil tindakan segera. -MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Bantuan penghantaran tentera dan senjata dari negara2 OIC mahupun negara2 anggota PBB sangatlah didambakan oleh rakyat Palestine!

    Ayuh jangan berlengah lagi kerana semakin ramai rakyat dan anak2 kecil yang TERKORBAN!

  2. Takkan belum tahu yang PBB sekian lama tak boleh diharap sehingga Azeris dibantu Turki ambil balik Nagorno-Karabah.

  3. Teruskan bersoladariti memberi segala bentuk sokongan moral yang padu, kewangan dsb kepada semua para pejuang! Jangan berhenti mendoakan kemenangan mereka.

    InshaAllah, bersama2 pasukan pejuang yang disayangi Allah SWT, umat Islam akan sekali lagi akan menang sepertimana peristiwa kemenagan didalam Perang Khaibar.

    Sekali lagi kita dapat memasuli Majidil Al Aqsa dengan penuh kemuliaan sepertimana yang pernah berlaku dizaman para sahabat yang mana Bilal telah melaungkan azan disana! Tidak perlu lagi untuk mendapatkan kebenaran polis2 Yahudi untuk memasuki dimana2 sahaja pintu masjid Al Aqsa!

    Allahuakbar!

Comments are closed.