Lintasan Rafah

KAHERAH – Penduduk Palestin yang cedera akibat serangan tentera Israel di Gaza tiba di sempadan Palestin dan Mesir, Rafah semalam untuk menerima rawatan di hospital di Mesir, kata sumber

Pasukan perubatan Mesir menerima warga Palestin dan memindahkan mereka ke hospital dengan menggunakan ambulan.

Sempadan Rafah dibuka pada keadaan tertentu bagi menerima penduduk Palestin yang tinggal di Gaza yang mengalami kecederaan.

Direktorat kesihatan utara Sinai mengumumkan keadaan darurat di semua hospital ketika ia bersedia untuk menerima dan merawat orang awam dari Gaza yang tercedera.

Menurut kenyataan direktorat kesihatan itu, Hospital al-Arish bersedia untuk menerima kes daripada Gaza berikutan serangan Israel.

Pada Sabtu lalu, Imam besar masjid dan Universiti Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb menggesa masyarakat antarabangsa menyokong penduduk Palestin yang berperang untuk mencari kebebasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast