KUALA LUMPUR – Grab Malaysia memperkenalkan ‘GrabFood Small Business Programme’ untuk membantu peniaga-peniaga kecil menyesuaikan diri dengan peningkatan permintaan perkhidmatan penghantaran.

Usaha ini adalah tepat pada masanya untuk menjadikan #TechUntukSemua lebih mudah dicapai dengan memperkasakan perniagaan kecil untuk mengakses peluang melalui ekonomi digital.

GrabFood Small Business Programme’ bakal merangkumi tiga bidang utama iaitu penyelesaian dalam talian, kempen pemasaran bagi meningkatkan permintaan dan kewujudan online rakan peniaga di dalam platform GrabFood, serta peluang pembelajaran dan pembangunan untuk perniagaan kecil.

Grab berkata, penyelesaian dalam talian Grab Online Shop yang bakal dilancar pada bulan Jun membolehkan perniagaan kecil GrabFood memiliki laman sesawang jenama mereka sendiri dengan URL unik sebagai saluran jualan tambahan.

Dengan bantuan daripada Grab, mereka boleh membangunkan laman sesawang mereka dengan mudah berdasarkan rupa dan rekaan kesukaan mereka dan mempromosikannya di dalam saluran media sosial mereka.

Kedai dalam talian ini akan diintegrasikan dengan GrabPay dan GrabRewards dan penghantaran akan disempurnakan oleh rakan penghantaran Grab.

Oleh yang demikian, para pengguna boleh menikmati pilihan pembayaran tanpa tunai Grab yang serba lancar, berjimat dengan GrabRewards dan menanti pesanan dihantar terus kepada mereka dengan mudah.

Menurutnya, dengan 10% caj perkhidmatan, perniagaan kecil boleh menggunakan Grab Online Shop untuk melayani pesanan pelanggan setia mereka dan mengembangkan lagi rangkaian pengguna yang menghargai kemudahan penghantaran makanan.

Sebagai daripada pengenalan program dan inisitatif ini, rakan peniaga boleh menikmati 0% caj perkhidmatan sehingga akhir tahun ini.

Tambahnya, Grab akan mengadakan promosi selama seminggu pada setiap bulan untuk mengetengahkan perniagaan-perniagaan kecil di dalam GrabFood.

Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Grab dan disasarkan untuk mengetengahkan perniagaan-perniagaan ini dan pada masa yang sama membantu meningkatkan lagi jualan mereka.

Lanjutan daripada pelaksanaan PKP 3.0 yang mana ‘dine in’ tidak benarkan, Grab akan memulakan ‘GrabFood Small Business Week’ dengan promosi penghantaran percuma dari 25 Mei hingga 7 Jun 2021 untuk membantu rakan-peniaga meningkatkan keterlihatan dan pesanan mereka. – MalaysiaGazette