Dunia menentang keangkuhan Israel menceroboh dan menyerang Palestin secara berterusan. foto Agensi

INTIFADAH atau kebangkitan solidariti global menyokong hak, keamanan serta pembebasan Palestin sudah terserlah dan semakin tersebar di seluruh pelusuk dunia. Rakyat di pelbagai negara dunia sedang bangkit menunjukkan solidariti mereka Bersama Palestin. Sebelum ini, kita telah menyaksikan solidariti secara dalaman di negara Malaysia, di mana para pemimpin, penyokong, NGO, dan aktivist tanpa mengira politik menunjukkan solidariti sokongan mereka terhadap hak rakyat Palestin.

Antara pemimpin yang telah bangkit menunjukkan solidariti bersama Palestian ialah YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, YB Senator Datuk Dr. Zulkifli al Bakri, Tun Dr. Mahadir, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai lagi.
Sesungguhnya isu Palestine dan Masjid al-Aqsa telah menyatukan hati-hati Muslim dan mereka yang bergelar insan.Di luar negara, kita menyaksikan intifadah atau kebangkitan rakyat dalam menunjukkan sokongan mereka terhadap Gaza dan Palestin atau Jurusalem serta gesaan serta kutukan mereka ke atas rejim Zionist Israel dan sekutunya. Ini semua menunjukkan bahawa hampir seluruh pelusuk dunia telah mengetahui hakikat kebenaran Gaza/Palestin dan kekejaman regin Zionist Israel.

Antara sebahagian perarakan solidariti yang telah bangkit di negara Islam ialah solidarity di Malaysia, Indonesia, Brunai, Qatar, Dhoha, Turki, Jordan, Bangladesh, Tunisia, Tehran dan sebagainya. Malaysia, Indonesia dan Brunai telah menyatakan sokongan padu mereka kepada Palestin dan mengutuk kezaliman dan pengeboman yang dilakukan oleh regim Zionist Israel. Seperti yang telah dinyatakan di atas, para pemimpin pelbagai parti di Malaysia serta rakyat Malaysia telah bersatu hati menyokong rakyat Gaza dan Palestin, serta mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa.

Pelbagai bentuk bantuan telah dan sentiasa disalurkan kepada rakyat Palestin. Dhoha telah menganjurkan demonstrasi besar-besaran di ibu kota Qatar. Mereka Bersatu hati menyokong pembebasan Masjid al-Aqsa, Gaza dan Palestin. Kebangkitan solidariti menyokong palestin juga turut diadakan secara besar-besaran di Ankara, Turki. Negara turki adalah negara Muslim yang lantang dan setia menyokong rakyat Gaza khasnya danPalestin secara umumnya. Kesucian serta kewajipan menjaga Masjid al-Aqsa telah dilaungkan oleh Presidennya Recep Tayyip Erdoğan yang telah tular dimedia sosial.

Negara Jordan turut tidak ketinggalan bangkit mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa dan hak penduduk Gaza dan Palestin. Malah rakyat Jordan dengan beraninya telah datang beramairamai ke sempadan Gaza mengibarkan bendera Palestin. Mereka sanggup berdepan dengan tenteranya dan juga tentera regim Zionist Isreal.

Malangnya, setakat ini belum ada jalan masuk yang dibuka. Perarakan solidariti berskala besar juga turut diadakan di Bangladesh. Ribuan rakyat Bangladesh berarak secara besar-besaran di jalan-jalan Bangladesh menunjukkan sokongan padu mereka terhadap Palestin dan menggesa pihak berwajib menghentikan pencerobohan dan kezaliman regim Zionist Israel di bumi Palestin.

Intifadah/kebangkitan solidariti bersama Palestin bukan sahaja berlaku dalam negara Islam, bahkan turut berlaku dalam negara bukan Islam diseluruh pelusuk Dunia. Ini menunjukkan bahawa dunia mengambil cakna tentang isu Palestin, isu kemanusiaan, isu keadilan, dan isu pembanterasan kezaliman yang sedang berlaku antara Palestin dan Israel. Walaupun media Barat sentiasa berat sebelah dalam melaporkan berita, dan walaupun ada pihak cuba menutup kebenaran, namun dengan kerjasama pelbagai pihak dan kemudahan media sosial, kebenaran terus tersebar dengan cepat ke seluruh pelusuk
dunia.

Rata-rata masyarakat dunia telah lama sedar tentang permainan politik media barat dan  masyarakat dunia telah cerdik dalam menilai berita dan saluran media. Antara perarakan solidariti secara besar-besaran di negara atau bandar-bandar besar bukan Islam ialah seperti yang berlaku di New York, Las Vegas, Texas, Tokyo, Berlin, Perancis, London, Spanyol, Liverpool, Scotland, Belanda dan Kanada.

Walaupun pemimpin sebahagian negara ini berhaluan kiri, namun ia tidak mampu lagi membendung intifadah semangat solidariti dan ia tidak dapat melemahkan semangat rakyat yang mahukan keadilan, keamanan dan keharmonian. Perhimpunan solidariti menyoking Palestin secara mega turut tidak dapat dibendung lagi di bandar-bandar besar di Amerika seperti di New York, Last Vegas, Dallas, San Diego, Edmonton, Philadelphia, Toronto, Vancouver, Boston, Washington, Montreal, Portland, Dearborn dan lain-lain.

Perarakan besar telah berlaku di New York yang menyaksikan Muslim dan bukan Muslim bersatu hati dan berganding bahu mempertahankan Gaza dan Palestin serta mengecam kezaliman Israel. Bendera Palestin dan sepanduk serta poster menghiasi perarakan tersebut. Las Vegas juga telah dipenuhi dengan perarakan solidariti Palestin berskala besar.

Mereka turut mengecam kezaliman regim Zionis Israel dan tidak mengiktiraf penjajahan Israel ke atas bumi Palestin. Pembunuhan bayi dan orang awam oleh regim Zionist Israel turut dikutuk. Perarakan solidariti Palestin berskala besar turut belaku di Houstan, Texas. Kelihatan bendera Palestin dan pelbagai sepanduk dan poster turut dikibarkan bagi menyokong pembebasan Palestin.

Mereka juga melaungkan tuntutan supaya Israel menghentikan penjajahan dan kezaliman ke atas penduduk Gaza dan Palestin. Tokyo di Jepun juga menyaksikan perhimpunan solidariti bersama Palestin yang turut disertai oleh Muslim dan bukan Muslim.

Walaupun Jepun bukanlah sebuah negara yang mengamalkan agama rasmi dan jumlah Muslim tidaklah ramai, namun atas semangat kemanusiaan dan keadilan mereka turut menunjukkan solidariti menyokong kebebasan dan keadilan rakyat Palestin. Berlin di German turut bersama-sama keluar memberikan sokongan solidariti kepada Palestin.

Pelbagai sepanduk dan laungan sokongan dan solidariti kepada Palestin menghiasi perarakan tersebut. Mereka dengan penuh semangat menuntut regim Zionis Israel menghentikan kezaliman mereka dan memulangkan hak rakyat Palestin. Perancis yang merupakan sebuah agama sekular yang mana pemimpin utamanya adalah pro-Israel juga tidak lagi dapat membendung solidariti rakyatnya dan para aktivist dalam menuntut keadilan rakyat Palestin.

Kesemua ini menunjukkan bahawa intifada atau kebangkitan solidariti mega menyokong Palestine telah menggegarkan seluruh pelusuk dunia. Kebangkitan solidariti pembebasan Palestina ini tidak mampu dibendung dan dihalang lagi, ia pasti akan terus berkembang demi menuntut keadilan, keamanan, dan hak sesama manusia. Jelas terbukti bahawa intifada solidariti yang berlaku secara global menyokong Palestin ini telah menggegarkan seluruh pelusuk dunia. Diharapkan solidariti global ini akan terus mekar dan dapat membantu membawa sinaran baru kepada Palestin dan juga negara-negara lain yang masih ditindas dan dieksploitasi.

Dr. Mohd Rosmizi bin Abd Rahman
Pensyarah Kanan dan Ketua Program
Program Pengajian Akidah dan Agama
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)