PKRC di KUIPSAS akan bermula operasi pada 23 Mei 2021 menjadikan lokasi keempat di Pahang

KUANTAN – Sebanyak dua Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) akan dibuka di daerah Kuantan bermula esok.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, kerejaan negeri agresif dan komited dalam mengatasi isu membabitkan kesihatan.

“Keputusan pengoperasian pusat kuarantin bagi pesakit berisiko rendah itu, bagi memastikan sistem kesihatan di Pahang tidak lumpuh, jika berlakunya pertambahan kes positif Covid-19.

“PKRC akan dibuka sepenuhnya esok (Ahad) ialah di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS),” katanya hari ini.

Tambah beliau, PKRC Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang dijangka boleh mula digunakan dalam dua atau tiga hari lagi.

ARTIKEL BERKAITAN :

“Gelombang Varian Baharu COVID19” Peningkatan Mendadak Pesakit di PKRC MAEPS 2.0

Situasi di PKRC MAEPS 2.0 semakin mencabar

Takbir raya bergema di PKRC

Terdahulu, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) di Kuantan, Institut Latihan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (i-KPKT) di Bentong dan Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Kuantan dijadikan sebagai tempat kuarantin.

Menurutnya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri hanya mengambil langkah awal, menjadikan PKRC di KUIPSAS sebagai lokasi keempat bagi mengelakkan situasi kelam-kabut sebelum ini.

Jelasnya pihak kerajaan menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang sedang melakukan usaha terbaik bagi membendung penularan Pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette