Fakhrul Akmal menghasilkan karya seni grafiti ÒFree PalestineÓ sebagai tanda solidariti perjuangan Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Baru Bangi, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 21 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Demi membantu perjuangan rakyat Palestin, UMNO menubuhkan Tabung Muafakat Palestin.

Menurut Setiausaha Agung partinya, Datuk Ahmad Maslan, nama tabung berkenaan dipilih sebagai melambangkan muafakat ahli UMNO dan rakyat Malaysia untuk membantu permuafakatan perjuangan Palestin yang berpanjangan berhadapan penjajahan dan kezaliman rejim Israel.

Ahmad mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi menyumbangkan dana untuk tabung ini.

“Terima kasih atas segala sumbangan anda. Tabung Muafakat Palestin ini dikendalikan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia dan kami bertanggungjawab untuk menyampaikan derma berkenaan untuk manfaat rakyat Palestin,” ujarnya menerusi kenyataan.

Tabung itu dilancarkan semalam dan orang ramai yang mehu menyalurkan subangan boleh melakukannya dengan mendepositkan wang ke akaun CIMB Islamic nombor 8604750523.

Pada 2019, UMNO melancarkan tabung untuk aktivitinya termasuk aktiviti yang boleh digunakan untuk bantuan mangsa banjir, bencana dan kini memerangi penularan Covid-19. – MalaysiaGazette