Celebrity cum entrepreneur Neelofa and her Islamic Preacher husband, Haris Ismail or PU Riz arrive at the Seremban Courts Complex in Negeri Sembilan to be charged for travelling interstate during the Conditional Movement Control Order (CMCO) to purchase carpet. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette face mask niqab
Celebrity cum entrepreneur Neelofa and her Islamic Preacher husband, Haris Ismail or PU Riz arrive at the Seremban Courts Complex in Negeri Sembilan to be charged for travelling interstate during the Conditional Movement Control Order (CMCO) to purchase carpet. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Selebriti Neelofa hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban hari ini berhubung laporan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka seperti mana diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Ditemani suaminya, PU Riz, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor  tiba di perkarangan IPD Seremban pada pukul 10.15 pagi berpakaian kuning dengan menaiki kereta BMW.

Dia dilaporkan turut diiringi dua orang pegawal peribadi bersama dua orang peguam ketika hadir memberi keterangan itu.

Dalam satu kenyataan kepada media, Neelofa berkata, pihak tekah memberikan sepenuhnya kerjasama kepada pihak polis dalam menyelesaikan kes ini.

“Alhamdulillah proses berjalan dengan lancar. Tak banyak yang boleh saya ulas tentang hal ini memandangkan kes masih lagi dalam siasatan. Insyaallah jika ada perkembangan, pihak saya ataupun pihak polis akan maklumkan. Terima kasih ya,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap  Neelofa susulan pengacara itu hadir ke Mahkamah Majistret di Kompleks Mahkamah Seremban, pada Khamis lalu dengan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka.

Polis telah menerima laporan kerana tindakan Noor Neelofa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka sepertimana diwajibkan pihak KKM kepada semua orang.

Baru-baru ini, kerajaan menegaskan pelitup muka wajib dipakai ketika berada di tempat awam, walaupun seseorang individu itu mengenakan niqab atau memakai alat perlindungan muka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemakaian niqab dan alat perlindungan muka bukan alasan untuk seseorang itu tidak memakai pelitup muka, seperti yang diwajibkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). – MalaysiaGazette