Jesse Lingard. foto Agensi

LONDON – Jesse Lingard mengakui dia mungkin tidak akan kekal bersama West Ham selepas tamat kontrak pinjaman bersama pasukan itu.

Pemain tengah Manchester United itu telah beraksi dengan cemerlang sejak menyertai West Ham secara pinjaman dengan menjaringkan sembilan gol dalam 15 perlawanan.

Pengurus, David Moyes sebelum ini secara terbuka tidak menafikan yang dia berminat untuk meneruskan kerjasama bersama Lingard di West Ham dengan membuat tawaran secara tetap pada akhir musim ini walaupun akan menerima saingan daripada kelab-kelab lain.

Bercakap ketika temubual di laman web rasmi West Ham, Lingard berkata, dia akan sentiasa mengingati kenangan dan pengalaman berharga ketika dia bermain bersama pasukan West Ham pada musim ini.

Dia tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Lingard berjaya menghidupkan kariernya semula selepas dipinggirkan bersama pasukan United sejak kehadiran Bruno Fernandes, katanya apabila ditanya mengenai perjalanan kariernya secara pinjaman di West Ham berjalan dengan begitu baik.

Lingard telah membantu West Ham mendapat tempat ke kejohanan Piala Europa pada musim hadapan selepas menang 3-0 ketika menentang Southampton. West Ham berada dikedudukan ke-6 liga mengatasi Spurs dan Arsenal. – MalaysiaGazette