Covid-19 cases Malaysia new record high highest

KUALA LUMPUR – Malaysia terus menyaksikan angka jangkitan kes Covid-19 tertinggi yang baharu hari ini dengan 7,478 kes setakat 12 tengah hari tadi berbanding semalam 7,289 kes.

Selangor masih kekal merekodkan kes tertinggi dengan 2,455 hari ini tetapi jumlah jangkitan susut berbanding 2,642 kes semalam.

Kedua tertinggi ialah Kuala Lumpur dengan 760 kes berbanding 604 kes semalam.

Kementerian Kesihatan berkata, Sarawak pula merekodkan 640 kes, Kelantan (547), Kedah (542), Pulau Pinang (520), Perak (264) dan Sabah (229) mencatatkan kenaikan dalam jumlah kes berbanding semalam.

Turut naik Putrajaya (29) berbanding 23 semalam.

Manakala beberapa negeri pula menyaksikan penurunan kes berbanding semalam.

Negeri-negeri tersebut ialah Negeri Sembilan (370) berbanding 410 semalam, Terengganu (117), Melaka (230), Pahang (171) dan Labuan (49).

Perlis kekal lapan kes.

Jumlah terbaharu itu menjadikan angka keseluruhan kes Covid-19 di negara bertambah kepada 533,367 kes sejak penularan pertama tahun lalu.

Sementara itu, KKM dalam kenyataan harian memaklumkan kes baharu positif itu membabitkan 7,473 tempatan dan lima kes import.

Kes sembuh pada hari ini adalah sebanyak 4,665 kes yang menjadikan jumlah kes sembuh sehingga kini sebanyak 464,727 kes.

“Dukacita dimaklumkan kes kematian pada hari ini 63 kes dengan umlah kes kematian adalah 2,432 kes.

“Sementara itu, seramai 756 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala pesakit yang menggunakan bantuan alat pernafasan sebanyak 377 orang,” katanya kenyataan itu. – MalaysiaGazette