KUALA LUMPUR – Bekas tonggak pertahanan Perak FC, Nazirul Naim Che Hashim akhirnya pasukan Liga Super, Sabah FC sebagai destinasi baharu untuk baki Liga musim ini.
Sabah FC telah mengumumkan berita itu di laman Facebook mereka bahawa pemain yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya itu menjadi pemain terbaharu skuad Badak.
Nazirul sebelum ini mengakui keputusan sukar berat untuk meninggalkan pasukan negeri kelahirannya, Perak yang disertai sejak 2016.
Menerusi laman Instagram miliknya hari ini, Nazirul berharap perpindahan ke Sabah menjadi episod baharu buat dirinya dalam bola sepak.
“Perjalanan baharu, harapan baharu, episod baharu. Terima kasih Sabah FC,” tulisnya.
Keputusan Nazirul berhijrah bukan mengejutkan selepas beberapa tonggak utama skuad Bos Gaurus sebelum ini sudah ‘angkat kaki’ selepas didakwa berdepan masalah pembayaran gaji. – MalaysiaGazette
















