Pesawat Boeing 737-400 milik syarikat IAI-Elta yang disahkan melintasi ruang udara Malaysia pada 17 Mei lalu.

SINGAPURA – Pesawat ‘perisik’ Israel yang mendarat di pangkalan tentera Singapura pada Isnin sebenarnya adalah Boeing 737 yang digunakan untuk demonstrasi produk komersial.

“Demonstrasi untuk ST Engineering Aerospace oleh Israel Aerospace Industries (IAI) telah selesai dan pesawat berkenaan sedang membuat persiapan untuk berangkat dari Singapura,” kata jurucakap ST Engineering hari ini menjawab pertanyaan media.

“Pesawat ini beroperasi daripada kemudahan ST Engineering Aerospace di Paya Lebar dan demonstrasi itu dilakukan hanya di ruang udara dan perairan Singapura,” tambah jurucakap itu.

Sebuah portal berita Malaysia pada Selasa melaporkan yang sebuah pesawat perisik Israel mendarat di pangkalan tentera Singapura pada 24 Mei.

Memetik jurnal berita pertahanan, Defense Security Asia, portal itu mengatakan pesawat yang bernombor pendaftaran 4X-AOO adalah milik IAI-Elta, kontraktor pertahanan utama Tel Aviv yang mengkhusus dalam perisikan dan sistem elektronik untuk aplikasi keselamatan.- BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN:

Pesawat pengintip prototaip Israel buat apa di Putrajaya?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Toksah dok wayang laaa.. takdak sebab musabab nak mai buat demo kat singapore yg kecik ruang udara. Bangsa penuh helah si israel ni

Comments are closed.