Gambar fail
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 61 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.

Dengan data terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat wabak tersebut bertambah kepada  2,552 kes.

KKM turut memaklumkan seramai 808 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 403 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula merekodkan jumlah sebanyak 72,823 namun, kes sembuh baharu hari ini adalah sebanyak 4,814 kes.

Terdahulu, KKM memberitahu sebanyak 8,290 kes dilaporkan hari ini, sekali gus menjadikan keseluruhan kes sejak wabak itu melanda negara Februari tahun lalu sebanyak 549,514 kes.

Daripada jumlah kes baharu tersebut sebanyak 8,288 merupakan penularan tempatan manakala 2 lagi kes import. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast