Seorang pekerja kedai butik menunjukkan pipinya yang merah ditampar oleh Xiang Xueqiu,. foto Agensi

BRUSSELS – Duta Besar Belgium ke Korea Selatan akan dipanggil balik dan diminta melepaskan jawatannya tidak lama lagi selepas isterinya menyerang seorang pekerja di sebuah butik pakaian.

Kejadian itu tular di media sosial.

Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Sophie Wilmes telah menamatkan tugas Peter Lescouhier pada musim panas ini setelah tiga tahun bertugas, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan isteri Lescouhier, Xiang Xueqiu, menampar wajah seorang penjaga kedai di Seoul, setelah pekerja itu berusaha menghalangnya mendekati rakan sekerjanya.

Kejadian itu berlaku pada 9 April lalu apabila pembantu kedai itu mengesyaki wanita itu meninggalkan kedai tersebut dengan pakaian yang belum dibayar.

Kementerian Luar Negeri Belgium memberitahu, Xiang telah menemui pekerja tersebut untuk meminta maaf atas “tingkah lakunya yang tidak dapat diterima” dan bekerjasama dengan polis.

Menurut kementerian itu, kekebalan diplomatiknya telah ditarik balik setelah mendapat permintaan daripada polis.

Lescouhier begitu setia bekerja untuk negaranya, kata kementerian itu.

“Namun, dalam situasi ini tidak memungkinkan untuk beliau menjalankan tugasnya dengan tenang,” kata kementerian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast