KUALA LUMPUR – Pasangan influencer yang popular dengan saluran Duriankimchi menjadi kontroversi selepas isu menyentuh sensitiviti masyarakat Sarawak mendapat kecaman netizen.
Isu itu turut menyebabkan masyarakat Iban dan Sarawak tidak berpuas hati dan marah kerana kata-kata sebegitu merupakan satu bentuk penghinaan kepada budaya dan adat mereka.
Oleh itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili kaum Dayak Sarawak telah tampil membela ‘saudara’ mereka apabila membuat laporan polis di Balai Polis Puchong Jaya, Serdang, Selangor semalam dengan memakai pakaian tradisional kaum mereka.
Menerusi laman Facebook Mike Jok, dapat dilihat wakil-wakil kaum Dayak hadir ke balai polis membuat laporan ke atas penghinaan yang dilakukan oleh pasangan infleuncer tersebut.
Dalam penulisannya juga, Mike menggesa pihak berkenaan supaya memohon maaf secara terbuka dan berjanji tidak mengulangi hal seperti itu lagi.
Sementara itu, wakil dari kaum Dayak itu juga memberi peringatan kepada semua supaya jangan sesuka hati mengeluarkan kenyataan penghinaan kepada mana-mana kaum kerana kita hidup di dalam perlembangan dan perlu saling hormat-menghormati. – MalaysiaGazette