Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Apabila Malaysia tidak lagi mengamalkan dasar berkecuali sebagaimana diasaskan oleh bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak, ruang udara negara sewenang-wenangnya boleh digunakan oleh pihak yang tidak diiktiraf.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, beliau kecewa dengan sikap yang diamalkan kerajaan hari ini, yang tidak sensitif dengan perasaan rakyat.

“Apabila kerajaan tidak lagi mengamalkan dasar berkecuali, inilah yang berlaku kepada Malaysia.

“Kerajaan di bawah pemerintahan yang ditadbir bersama oleh Pas hari ini pun, Isreal dibenarkan menggunakan ruang udara Malaysia,” katanya menerusi ciapan Twitternya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang mengesahkan pesawat Israel telah melalui ruang udara Malaysia baru-baru ini.

Namun, menteri itu berkata, ia mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Menurutnya, pesawat awam milik Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) berlepas dari Male, Maldives dan menuju ke Paya Lebar, Singapura pada jam 2.55 pagi 19 Mei lalu.

Pesawat awam berkenaan disahkan melalui ruang udara Malaysia mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh ICAO, di mana Malaysia adalah sebahagian daripada negara anggota. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.